Hancur Luluh Hati Seorang Isteri Jumpa Video XXXX Suami Bersama Wanita Lain


                                                                   Sekadar hiasan


Kuala Lumpur – Hancur luluh hati seorang isteri apabila terjumpa video aksi lucah dan hubungan seks suaminya bersama beberapa wanita lain disembunyikan di dalam komputer riba.

Difahamkan wanita berusia 24 tahun itu terjumpa rakaman video itu secara tidak sengaja ketika sedang mengemas rumah mereka di Salak Selatan di sini, kelmarin.

Sumber polis berkata, kejadian berlaku pada jam 12 tengah hari ketika mangsa terjumpa komputer riba suaminya yang masih tidak ditutup.

Menurutnya, mangsa kemudian cuba menutup komputer riba itu, namun terkejut apabila terjumpa satu fail video mencurigakan.

“Sebaik dibuka, mangsa terkejut melihat video itu mengandungi rakaman video suaminya sedang melakukan hubungan seks dengan wanita tidak dikenali, lapor Hmetro.

Penjelasan Putri Mardiana Isu Ditangkap Khalwat

Kecoh juga semalam dengan isu pelakon Putri Mardiana ditangkap khalwat dengan Shahrizam Abdullah atau dikenali dengan panggilan Ejump. Menerusi laporan Malaysia Digest, Putri Mardiana ada memberikan penjelasan mengenai kes tangkapan berkenaan.

Penjelasan Putri Mardiana isu ditangkap khalwat dengan Shahrizam Abdullah – Menarik juga baca kisah tangkapan yang diceritakan dari sudut Putri Mardiana ini. Ada dua perkara penting yang ingin disampaikan olehnya iaitu tangkapan ini dirancang oleh bekas teman lelakinya dan kedua Ejump sekadar masuk ke rumah untuk minum air selepas menghantar dirinya pulang.

Putri Mardiana turut memaklumkan yang dirinya memang sudah merancang untuk berkahwin dengan Ejump yang merupakan suami orang. Untuk makluman, Putri Mardiana sering menemani Ejump menghadiri prosiding kes penceraiannya. Hari ini, kes tersebut telah selesai dan Ejump sudah melafazkan cerai terhadap isterinya. Susulan itu, Putri Mardiana dan Ejump merancang untuk berkahwin tahun hadapan.

Ikuti penjelasan panjang lebar mengenai kes tangkap khalwatnya di bawah:


Saya ke mahkamah hari ini tadi, kerana kes perceraian teman lelaki saya. Hari ini kami mengambil surat cerai Ejump dan syukur kes itu sudah selesai. Teman lelaki saya bukan lagi suami orang sebenarnya dan selama ini saya sering menemaninya ke mahkamah menjalani prosiding perceraiannya itu. Sebenarnya, kami memang sudah merancang mahu bernikah. Kalau tiada aral, majlis pernikahan kami akan berlangsung selepas raya tahun depan.

Apa yang semua sudah tahu, saya tidak perlulah menidakkan kerana orang tetap akan memberi tanggapan negatif terhadap saya. Namun, saya tahu dan kenal dengan pihak yang merancang perkara ini (ditangkap khalwat). Saya sebenarnya di ‘prank’ bekas teman lelaki saya dan juga mendapat tahu perancangan ini melibatkan bekas isteri Ejump. Mereka bersepakat untuk kenakan saya dan bekas teman lelaki saya minta nombor rumah saya daripada tuan rumah. Dia juga yang membuat aduan kepada pihak JAIS sehingga serbuan dibuat.

Kemudian JAIS datang (selepas Ejump masuk untuk minum air) dan saya suruh teman lelaki membuka pintu. Kami tak lari kerana buat apa kami nak takut, sedangkan ketika itu kami tidak buat apa-apa. Kami pun masih dalam keadaan berbaju lengkap. Saya siap jemput JAIS minum dan mereka jadi serba salah.

Sebenarnya bekas teman lelaki saya itu adalah kawan baik keputri pada Ejump. Sewaktu saya bersama dengan bekas kekasih saya itu, Ejump tahu banyak tentang kami. Malah Ejump tahu yang dia pernah pukul saya. Sehinggalah kami putus dan saya semakin rapat dengan Ejump sebab dia banyak memberi semangat pada saya.

Keluarga sudah tahu hubungan kami tetapi buat masa ini kami tak berhasrat percepatkan pernikahan sebab kami bukan mahu kahwin kerana perkara itu (ditangkap khalwat). Saya terima dan terpaksa hadap semua ini. Saya tahu memang ada pihak yang tidak boleh tengok saya bahagia dan ada saja yang dengki.

Tak mengapalah, hari ini mungkin hari saya. Terima kasih pada pihak yang telah buat saya popular. Kalau ini cara dapat puaskan hati dia, kami dah puaskan hati dia. Apa yang penting sekarang ini, anak-anak saya selamat.

Hmmm.. Macam-macam hal. Benda dah jadi biasalah. Kalau boleh tak payahlah tunggu tahun depan nak kahwin. Nikah je dulu. Buat apa yang wajib. Alang-alang dah kena tangkap basah. Tak kiralah kena prank ke masuk dalam sekadar minum air ke. Yang penting memang berdua-duaan. Tak gitu? Apa pula pendapat anda?

Kisah Lelaki Yang mempunyai 39 Orang Isteri

Ziona Chana dari perkampungan Baktwang, Mizoram, India diiktiraf sebagai ketua kepada keluarga paling besar di dunia. Berdasarkan fakta, Ziona adalah suami kepada 39 isteri, bapa kepada 94 anak, dan datuk kepada 33 cucu. Kata Chana, 67 tahun, "Aku seperti anak Tuhan yang istimewa. dia mengamanahkanku begitu banyak orang untuk dijaga/dipelihara."

Untuk memastikan perjalanan harian keluarga ini berjalan lancar, semua kerja rumah dikelolakan oleh isteri paling tua Chana, iaitu Zathiangi, 69 tahun. Zathiangi membahagikan tugas mencuci, membersih, dan menyiapkan makanan kepada madu-madunya.

Menurut Rinkmini, isteri Chana yang berusia 35 tahun, Chana berjaya memikat dan mengahwini begitu banyak isteri kerana dia merupakan lelaki yang paling tampan di desa mereka. Rinkmini yang berkahwin dengan Chana 18 tahun lalu mengimbas kembali sejarah perkahwinan mereka yang bermula apabila suaminya itu mengutus sepucuk surat yang menyatakan hasratnya untuk berkahwin dengannya.

Isteri Chana, Huntharnghanki pula menegaskan bahawa seluruh ahli keluarga hidup dengan aman dan damai kerana mereka saling menyayangi dan menghormati antara satu dengan yang lain.

Untuk memastikan isterinya memperoleh nafkah batin yang sepatutnya, Chana mempunyai sistem rotasi untuk tidur dengan kesemua isterinya. Seperti biasa, isteri yang paling muda tidur di kamar paling dekat dengan biliknya.

Menurut Chana, untuk makan malam keluarganya memerlukan 30 ekor ayam, 60 kilogram kentang dan hampir 100 kilogram beras. Biarpun menyedari kos untuk menampung perbelanjaan harian keluarganya besar, namun Chana menyuarakan hasrat untuk berkahwin lagi jika bertemu dengan perempuan yang sesuai.




(9 Gambar) Kejelitaan Wanita Tiruan Yang Sukar Dipercayai


Miss tiffany universe bukanlah acara untuk mencari gadis cantik didunia,tetapi ia adalah acara untuk mencari kecantikan transeksual didunia.Yang sebetulnya saya sendiri tidak pasti yang mana gadis yang anda minat didalam acara ini.Kecantikan mereka melebihi cantik nya seorang wanita,dan boleh membuatkan ramai lelaki terpesona !!Awas!! jangan tersilap memilih siapa isteri anda!Kecantikan mereka tidak mampu memberikan zuriat untuk anda!!









Jus Minuman Yang Pelik Tapi Dikatakan Baik Untuk Kesihatan


Katak dari Teluk Titicaca menjadi bahan utama dalam pembikinan jus yang menurut beberapa budaya masyarakat Andes, boleh mengubati penyakit seperti semput, paru-paru berair dan lemah tenaga batin.

Untuk menghasilkan jus yang banyak dijual di wilayah Andes dan juga di beberapa kawasan di Lima, peniaga Maria Elena Cruz akan menangkap seekor katak dari akuarium kecilnya, mengetuknya hingga mati.

Dia kemudian menyiat kulit amfibia itu dan memasukkannya dalam pengisar bersama-sama lobak, akar maca dan madu.

Jus itu berwarna hijau dan Maria menyajikannya dalam gelas kepada pelanggan.

“Jus katak boleh membantu mengatasi pelbagai penyakit. Ada yang mendakwa pulih daripada batuk kering selepas meminumnya,” kata seorang pelanggan.

Bagaimanapun, tidak ada bukti saintifik untuk mengesahkan kebaikan jus itu.

Katak dari spesies Telmatobius culeus itu dikenali dalam kalangan penduduk tempatan sebagai katak air Titicaca dan disenaraikan sebagai hampir pupus oleh Kesatuan Antarabangsa Untuk Pemuliharaan Semula Jadi.

Peminat jus itu, Cecilia Cahuana, 35, mendakwa jus itu mengandungi banyak vitamin dan protein.




Disebalik Kemalangan Ngeri Yang Tersimpan Satu Keajaiban


Anda mesti sudah menjangkakan dengan melihat kemalangan ini,sesiapa pon tidak mampu selamat didalam nahas ini.TETAPI! anda silap,mangsa nahas ini masih hidup dan terselamat!!
Tak percaya?lihat sendiri!









 

Gambar Paling Copyright © 2011-2012 | Powered by Blogger